top of page

Skim LAtihan Pengakap Kelana

Pengakap Kelana atau "Rovers Scout" ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia yang berusia antara 17 tahun sehingga 25 tahun. Pengakap Kelana ialah bahagian yang ke-4 dalam siri latihan berpengakap, iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan yang ke-4 Pengakap Kelana.

​

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:

​

  1. Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap

  2. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana

  3. Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa

  4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima ENAM (6) jam

  5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut: Simpulan dan ikatan :- Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih,Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Biasa, Ikatan Seraya dan Ikatan Serong

​

Etika berpakaian Pengakap Kelana juga haruslah diketahui oleh seseorang yang mahu menjadi Pengakap Kelana.

Etika Berpakaian Pengakap Kelana

Etika Berpakaian

Pengakap Kelana

Lelaki

Bagi Pengakap Kelana Lelaki, anda diwajibkan untuk memakai baju lengan panjang.

Etika Berpakaian

Pengakap Kelana

Wanita

Pemakaian tudung tidak diwajibkan kepada semua Pengakap Kelana Wanita

Cara Memakai Lencana Pada Lengan

Bagi cara pemakaian lencana di lengan, tiada beza untuk Lelaki dan Wanita.

Setelah ditabalkan sebagai Pengakap Kelana, latihan boleh diteruskan untuk mendapatkan Anugerah BP iaitu anugerah tertinggi Pengakap Kelana.

TIGA Lencana Wajib Pengakap Kelana
Lencana Pilihan
Hanya perlu pilih SATU sahaja
Anugerah BP
Anugerah tertinggi bagi Pengakap Kelana di Malaysia
Sumber :
Buku Skim Latihan Pengakap Kelana

© 2017 by Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Keningau Unit Kelana E 

  • Instagram Social Icon
bottom of page