

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Unit Kelana E Daerah KEningau
Skim Latihan Pengakap Remaja

Lencana Keahlian
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:
-
Peraturan pakaian seragam Pengakap
-
Prinsip Rukunegara
-
Lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Sedunia
-
Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap
-
Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap
-
Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
-
Simpulan dan ikatan :- Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih,Lilit Dua Simpul dan Lilit Pemati Biasa.
​
Setelah mendapat lencana keahlian, barulah boleh mendapatkan tiga lencana tertinggi Pengakap Muda iaitu Lencana Usaha, Maju dan Jaya.

Apabila telah berjaya mendapatkan Lencana Usaha Maju dan Jaya serta menyiapkan laporan buku log, barulah Pengakap Remaja boleh meneruskan latihan untuk mendapatkan lima lencana tertinggi Pengakap Remaja iaitu :-

Lencana Jayadiri

Lencana Kemahiran

Lencana Kegiatan

Lencana Ekspidisi

Lencana Perkhidmatan


Anugerah Tertinggi Pengakap Remaja
"Anugerah Pengakap Raja"
Sumber :
