

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Unit Kelana E Daerah KEningau
Penubuhan Pasukan Kelana E Keningau
Unit Pengakap Kelana E Daerah Keningau telah berdaftar secara sah di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) sejak 23 Februari 2015. Idea penubuhan krew Kelana E adalah untuk mengembangkan lagi pergerakan pengakap di Keningau selain memberi peluang kepada belia untuk begiat aktif dalam aktiviti-aktiviti pengakap. Cetusan idea ini bermula sejak penghujung tahun 2014 oleh beberapa orang kelana daerah Keningau.
Penubuhan krew Kelana E Keningau ini juga adalah untuk menambah platform menyebarkan ilmu kepengakapan kepada ahli pengakap yang berumur 18 tahun dan ke atas. Setelah berjaya didaftarkan pada 2015, krew Kelana E mula membuka pengambilan ahli baru dengan mengumpulkan ahli kelana yang mana pergerakan kumpulannya kurang aktif.
Dengan kekuatan lapan sekawan membentuk Ahli Jawatankuasa, krew Kelana E Keningau berjaya mengadakan satu siri Ujian Mengenal Diri (Vigil) pada 22hb Hingga 23hb Januari 2016 di Kampung Liau Ulu Keningau. Ujian Mengenal Diri (Vigil) itu telah disertai seramai 16 orang ahli pengakap berumur 17 ½ tahun hingga 23 tahun.
Selain itu, pada program yang sama, satu Isitadat Perlantikan Kelana Penuh telah dijalankan melibatkan seramai 12 ahli bakal kelana yang turut menyumbang tenaga dalam menjalankan siri pertama Ujian Mengenal Diri (Vigil) Unit Pengakap Kelana E Keningau.
​
Melalui pergerakan kepengakapan, krew Kelana E Keningau berhasrat menjadi unit kelana yang aktif dan disegani khususnya di negeri Sabah dan seterusnya menjadikan pengakap sebagai salah satu cabang ilmu dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, krew Kelana E Keningau membawa misi tersendiri iaitu melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan pasukan, melengkapkan ahli-ahli dengan kemahiran berpengakap serta member peluang untuk meningkatkan potensi diri dan mengambil bahagian dengan aktif dalam mana-mana aktiviti pengakap.
Bagi meningkatkan lagi semangat dan keyakinan diri setiap ahli, krew Kelana E Keningau mengambil burung Helang sebagai maskot dan diabadikan sebagai logo krew dengan motto "Soar Like An Eagle". Pemilihan burung Helang adalah bersinonim dengan angka Krew Kelana ‘E’ iaitu ’Eagle’.

Sijil Pendaftaran Kelana E Keningau

Logo Pasukan Kelana E Keningau
